Tulips

Tulips
Close to you

Tuesday 27 October 2015

KACAU - FIXI NOVEL

Wah...lama jugak aku tak menjengah blog ni. Sejujurnya ku akui aku bukanlah heavy blogger. Aku sekadar menulis apa sahaja yang terlintas difikiran dan ingin meluahkan kepada seseorang. Tadaaaaa aku cipta blog ini utk aku sendiri. Walaubagaimanapun En Hubby tetap pendengar setiaku...tp cuma kdg kala aku rasa x perlulah ganggu dia sekerap yg mungkin memandangkan ku lihat dia selalu keletihan selepas seharian mencari rezeki utk kami sekeluarga. Terima kasih Abang...papa....kekasih hati ku...

Okey..berbalik pada KACAUUUUUUUUU.....Aku mula jatuh cinta dengan novel keluaran Fixi sejak aku mula membaca novel bertajuk KACAU. Novel ini digarap melalui penghasilan idea yang ditulis oleh Ariff Adly atau lebih dikenali Kidd. Sejak 2 minggu lepas aku tiba-tiba teringin nak membaca novel setelah lama aku tinggalkan hobi aku sejak aku bergelar pelajar semula. Bukan bosan..tetapi aku rasakan lebih baik sekiranya aku membaca artikel penulisan akademik untuk tujuan penyelidikkan aku drpd membuang masa membaca novel. Hahaha ye ke? sebenarnya tak da duit nak beli novel...al maklumlah aku bukannya dpt income setiap bulan mcm dulu...hehehehe.

Aku seorang yang meminati membaca novel yang berunsurkan genre romantik, cinta, kekeluargaan (Novel Melayu) dan genre Mystic,thriller,psychological (English Novel). Jarang aku g cari kat Popular, MPH, Sinar atau Kraftangan Mall ehhhh Karangkraf  Mall utk mencari novel Melayu seperti genre yg aku sebutkan. Sebabnya...aku rasa penulis melayu gagal menarik perhatian aku utk membaca novel seram dorg...Pengalaman aku baca Postcard Killers yg ditulis James Patterson pandai membuatkan aku berimiginasi seolah2 aku adalah watak utama dalam kisah buku tersebut. Oleh krn itu aku lebih suka hasil kerja novelist seperti James Petterson, David Baldacci dan Lee Child. Tapi nak beli novel2 dorg ni kena tggu BBW la setiap tahun...sebab buku depa ni mahal sikit maklumlah omputeh yang tulis.

TETAPI...rupa2nya penilaian aku SALAH...kerana novelis kita,,,bangsa kita tak kurang hebatnya dengan penulis2 omputeh kat atas tu. Ini adalah kerana novel pertama SERAM yang aku beli 2 minggu lepas di Minerva. Novel yang bertajuk JANGAN BIAR DIA MASUK hasil karya Anuar Darwisy (anak muda yang mempunyai bakat besar dalam bidang penulisan dan hensemmmm) berjaya menangkis mengubah perspektif aku 360 darjah mengenai penulisan anak bangsa kita mengenai novel bergenre SERAM, MISTIK dan THRILLER. O.K disebabkan tajuk post aku berkenaan KACAU..biar aku review cerita KACAU dulu padahal aku start membaca novel bergenre SERAM dengan JANGAN BIAR DIA MASUK. Aku janji utk next review aku post pasal JANGAN BIAR DIA MASUK.

Kacau by Ariff Adly...aku start lihat my book shelves dalam GoodReads aku yg jarang juga aku buka sejak tahun lalu, untuk melihat tajuk novel melayu yang bergenrekan SERAM, MISTIK, TRILER. Ku lihat novel kacau menarik perhatian ku setelah aku mengupdate siri bacaan aku utk Goodreads. Pencarian enjin Goodreads mencadangkan aku melihat beberapa tajuk novel dan antara novel yang buatku tertarik adalah KACAU. Mungkin kerana gambar sepasang sebiji anak mata bulat yang anak matanya sahaja menonjol sehingga tidak kelihatan mata putih menarik perhatianku. Ku lihat nama publisher....FIXI ermmmm mcm pernah dengar...recall balik zira...recall ohhh baru aku ingat aku pernah g MPH dulu tak ingat tahun bila tp lama juga la...aku g cari statut gatal g rak novel ku terlihat novel keluaran FIXI..so aku tanya la pada sahabat ku yang menemani aku ketika itu. Eh buku ni nmpk menarik cover depan...lain dari yang lain...aku baca tajuk..aku tak ingat tajuk apa tp aku rasa tajuk mcm sgt simple. Kawan aku tgok terus ckp..ala x yah la baca buku keluaran FIXI ni...aku tanya kenapa plak?? FIXI ni keluarkan buku yang mengandungi unsur lucah...Hahhh LUCAH...aku rasa suara aku bolehlah didengar oleh org2 dlm MPH tu...Ish akak ni slow la sikit, kwn aku malu kot dengan aku hehehe. Takkan la kedai buku ternama ni jual buku lucah...mustahil..tak takut ker lesen dorg kena tarik? Kwn aku terangkan yg FIXI ni kebanyakkan ditulis mengikut keadaan semasa apa yang berlaku masa kini...so lenggok gaya bahasa akan ditulis mengikut gaya anak2 muda skrg. Saya rasa akak tak sesuai..eh nape x sesuai plak..kan aku dah kahwin..apa salahnya aku baca novel2 adult mcm ni...hahaha kwn aku tu tak tahu yang novel2 english yang aku baca lagi la bnyk sensored..tp malas nak aku cerita kang dia kata aku gatal plak. Tapi aku faham keadaan dia sbb dia anak dara lagi masa tu...hahaha.Ok sejak daripada tu aku tak pernah pun jenguk produk keluaran FIXI mungkin sbb kalu aku pergi MPH...mesti buku dibalut rapi dgn plastik..so membuatkan aku malas nak baca apa yang ada kat dalam novel tu. Sehingga la 2 minggu lepas, KACAU ku baca setiap review yang diberikan dalam Goodreads oleh pembaca2 KACAU. 4.78 drp 5 bintang diberikan utk ulasan novel ini, membuatkan aku tertarik utk mendapatkannya. Esok juga aku pergi singgah kedai buku Minerva. Eh...singgah ke namanya kalu aku park kereta kat bukit jalil dari HUKM dan naik LRT turun BANDARAYA jalan kaki g Minerva???penat aku berjalan..sampai Minerva dorg kata KACAU out of stock.Hampanyaaaaa...dah la berkobar2 nak baca ni sbb otak aku tepu dah baca semua penulisan akademik....Jalan la aku menapak dan singgah setiap book store sepanjang jalan TAR semata2 nak cari KACAU. FRUST lagi sbb dorg kata buku ni takut dah stop cetak sbb dah lama. So pencarian aku hari tu menemui kegagalan. Balik dengan tangan kosong.....

Aku tak berputus asa..malam tu jugak aku ajak en hubby menuju ke kedai buku popular di Jalan Klang Lama. Hampa juga kerana jurujual kata FIXI tak dijual di mana2 cawangan Popular....ahhhh sudah aku mencuba nasib tanya kat en hubby...abg nak tak drive g MPH @ Nu Sentral? hahaha saja je cuba nasib sbb aku tahu laki aku takkan gi punya. So mlm tu aku balik la umah dengan hampa yang aku alami sepanjang hari itu. Akhirnya, 3 hari kemudian hari Sabtu aku dapat jugak membeli KACAU di MPH @ Giant seksyen 13, Shah Alam...hahaha dan smpai je rumah aku terus membuka dan mula membaca. Aku pun tak tahu kenapa, dengan cerita novel yang ini..aku rasa semacam tak sabar2 ingin membacanya...

Jika anda berminat untuk menulis novel fixi, ini adalah syarat2nya:

  • sekitar 60,000 perkataan
  •  Tema : Urban & Kotemporari
  • Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan
  • Fikir 'pulp'
  • Judul harus satu perkataan  

Pembuka pembacaan novel ini aku baca bermula dari awal dan dimulai dengan ayat diatas. O.K aku mulakan dengan review aku mengenai novel ini.

It's quite confusing actually bila korang baca novel ni. Sebab, pada 1st and 2nd chapter sebenarnya semua chapter penulis guna kata ganti nama aku dalam penulisan. Mula-mula baca ingat aku tu merujuk kepada penulis..so aku fikirkan mungkin penulis cerita mengenai pengalaman sendiri kot... Tak tahu watak aku merujuk kepada siapa sebenarnya?

Jimie?
Shida?
Al?
Fiq?
Amat?

Pening gak la kepala aku masa mula2 baca sbb nak follow watak aku tu....tp aku nasihatkan pada sesiapa nak baca novel ini...teruskan jer bacaan korang kerana watak2 yang dinyatakan penting dalam setiap plot cerita novel ini hingga akhir...Don't ever miss it and don't get lost...hehehe. Lepas tu setiap chapter akan membuatkan debaran makin terasa bermula chapter 3 seram..... bila sampai part watak2 diatas nak stop game sprit coin tp that THINGS kata N-O.....owhhhh nooooo ( masa aku baca macam aku plak seolah2 pun sama bermain game bodoh/ syirik tu) Dan selepas game yg dorg main tu sorang demi seorang mati dalam keadaan sadis dan ngeri akibat perbuatan that THINGS. Novel yang ingin disampaikan bagi aku memang ikuti dari awal sehingga habis..kusyuk wooo. Apa yang aku leh katakan memang benar la org kata kalu nak baca buku novel FIXI you need to be opened your mind. Reason...penulis menggunakan lenggok bahasa yang benar2 slanga dengan kata lain bahasa kasar. Terdapat perkataan mencarut yang digunakan, tapi aku rasa itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat sekarang... perkataaan SIAL ku lihat ditekankan oleh penulis berulang-ulang kali dalam penulisannya. Terdapat lagi perkataan lain tp segan lak aku nak tulis kat sini..tapi korang faham2 je la...perkataan tu selalu aku dengar bila student2 aku bertekak sesama sendiri masa aku mengajar mereka dulu...

Lima sahabat melakukan ghost hunt disebuah kompleks lama yang tidak berpenghuni dan telah bermain spirit coin game didalam bangunan tersebut. Semenjak itu bermacam peristiwa tragik dan sadis berlaku keatas mereka berlima seorang demi seorang. (Gambar diatas tiada kena mengena dalam cetera novel ini...hanya ilustrasi ihsan gambar melalui pak google)

Apa yang boleh aku katakan penulisan Ariff adly ini, adalah merupakan karya beliau menepati apa yang benar berlaku masa kini. Oleh itu ianya selari dengan kehendak publisher utk melahirkan karya berkonsepkan urban. Novel ini sangat2 berbeza dengan novel lain yang pernah aku baca sebelum ini terutama daripada BUKU PRIMA dan lain2. Aku boleh katakan novel ini sangat BEST...aku bagi 9/10. Kurang 1 sbb ada perkataan yang digunakan terlalu urban sehinggakan aku sendiri tak faham...aku tgok DBP dictionary takda plak maksudnya, aku tanya la anak2 muda skrg apa maksudnya..selalunya aku refer kat anak buah aku kat kampung maklumlah dorg semua remaja2 belaka...oooo baru la aku faham maksudnya. Terfikir lak aku mana datangnya perkataan tersebut? Siapa pulak yang mencipta perkataan tersebut? hahahaha. Cerita ni memang seram..sehinggakan ada ketika aku membaca aku terus tutup novel sbb macam ada plak yang perhatikan aku semasa aku membacanya. Debaran jantung aku berdegup kencang apabila tiba saat That THINGS serang budak2 tu. Korang baca la sendiri...aku tak nak komen aku jd Spoiler. Tapi ingin sekali lagi aku mengingatkan bahawa sesiapa yang baru ingin berjinak2 dengan pembacaan novel terbitan FIXI...anda haruslah berfikiran terbuka dan anggap la bahan bacaan ini hanya untuk santai sahaja. Kanak-kanak umur 18 tahun kebawah adalah tidak digalakkan untuk membaca novel ini kerana bagi aku, ada terdapat adegan2 sensored sedikit tetapi bagi aku tidak la terlalu keterlaluan...Cuma bagi aku ianya bergantung pada pembaca itu sendiri untuk membuat penilain mana yang baik kita contohi...mana yang buruk kita jauhi. Oleh kerana itu la aku rasakan kanak-kanak tidak sesuai untuk membaca novel ini,disamping penggunaan perkataan mencarut berleluasa dalam novel ini.

Sekian sahaja untuk ulasan yang boleh aku berikan dalam KACAU....tahap enjoy aku baca novel ini memang betul2 memberikan aku kepuasan yang terhingga dan berbaloi rm19.90 aku leburkan hehehe...SELAMAT MEMBACA SEMUA...



Monday 28 September 2015

Haziq dan orang tak dikenali

Cerita ini sebenarnya berlaku seminggu sebelum cuti sekolah Raya Haji minggu lepas. Ini berlaku apabila terdapat cerita yang tak best menakutkan melibatkan kes penculikkan kanak-kanak melalui media sosial kerap berlaku. Sebagai silent reader(org yang membaca sahaja) dalam media sosial facebook, sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dan kerisauan saya kerana setiap kali ada cerita yang tersebar di laman facebook secara otomatik saya tak senang duduk. Sudah menjadi kebiasaan setiap pagi saya akan menghantar Haziq kesekolah dan setiap hari balik sekolah Haziq akan menaiki Van sekolah...dan disebabkan FOBIA melanda diri saya, selalu   tiap-tiap hari saya mengingatkan Haziq supaya tidak berbual dengan orang yang dikenali. Bukan saya sahaja malah nenek Haziq pun akan mengingatkan benda yang sama. Mungkin kerana itu, kotak pemikiran Haziq sudah sebati dengan kata2 kami. Dan ini yang telah berlaku pada 2 minggu lepas.

Perbualan antara Mama dan Haziq.

Mama : Haziq buku tulis 4, haziq dah habis. Hari ni mama bagi duit belanja lebih RM1 untuk Haziq beli buku tulis 4 ok. Haziq beli buku masa waktu rehat di 'Book Shop' tau.


Haziq : Ok Mama. (Mcm biasa bangun pg nak g sekolah dia x bnyk ckp)


(Selepas mama balik dr Library)


Mama : Haziq dah beli buku yang mama suruh tak?


Haziq : Belum la ma...tpkan haziq nak cerita kat Mama kenapa Haziq tak beli buku tu.


Mama : Kenapa???


Haziq: Masa waktu rehat, Haziq ajak Muzakkir temankan Haziq beli buku yang mama suruh beli. Tapikan Mama...masa Haziq sampai kat book shop, Haziq lari mama.


Mama : Laaaaaa kenapa lari pulak???


Haziq : sebab kat book shop tu x da kakak (kakak merujuk kepada org yg selalu jaga book shop) tapi ada org lelaki yang haziq x kenal. Mama cakap kalu orang yang tak kenal jgn bercakap dengan dia...kan mama??? Jadi Haziq dengar cakap mama...haziq ajak Muzakkir lari.



*reaksi saya selepas mendengar penjelasan Haziq...macam speechless sbb saya rasakan Haziq mmg patuh arahan saya dan saya tak tahu samaada penerangan saya mengenai 'org yang x kenal' tu betul atau tidak. Saya terfikir bagaimana reaksi brother yg jaga book shop tu bila dia tgok budak2 lari bila nmpk dia...hahaha



Moral of the story saya rasa setiap penerangan kadangkala memerlukan penjelasan yang terperinci terutama sekiranya penerangan dibuat kepada kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak sangat NAIF dan akan menerima penerangan itu bulat-bulat.



Yeay...mama haziq dah ada blog

Buat yang julung kali, mama haziq dah ada blog. Eh kenapa tiba-tiba nak ada blog ni??? En husband tanya setelah soalan diutarakan mlm td. Sebenarnya saya dah lama teringin nak ada blog sendiri memandangkan saya sentiasa membaca blog-blog tertentu seperti blog memasak (aziejaya.blogspot.com) yg ni mmg hampir setiap hari saya skodeng kerana resepi dlm blog kak azie semua menjadi apabila saya cuba Alhamdulillah. Blog seperti blog Dr.OT (drotspss.blogspot.com) pula blog yang sering saya lawati apabila buntu dalam proses menyiapkan tesis saya. Kononnya nak amik mood bila mana mood saya sering down, especially bila nak menulis. Dan beberapa blog lain yg kadang2 baca apabila nak cari ilham.


Dengan kata lain sebab utama saya membuat blog ini adalah untuk kebaikkan saya sendiri memandangkan saya perlu mengasah mood menulis saya. Saya juga berharap agar melalui blog ini akan saya cuba kongsi apa2 maklumat dan informasi yang mana saya boleh kongsi kepada pembaca.( Eh ada pembaca ker??) Adoi...macam mengarang surat plak..dan yang paling penting penulisan saya ini akan santai dan bersahaja.

 

Saya baru nak  cuba menceburi penulisan blog ni...bak kata org baru nak belajar. Apa sahaja  di tulis disini nanti hanyalah nukilan penulisan hasil dr pengalaman saya sendiri.