Tulips

Tulips
Close to you

Monday 28 September 2015

Yeay...mama haziq dah ada blog

Buat yang julung kali, mama haziq dah ada blog. Eh kenapa tiba-tiba nak ada blog ni??? En husband tanya setelah soalan diutarakan mlm td. Sebenarnya saya dah lama teringin nak ada blog sendiri memandangkan saya sentiasa membaca blog-blog tertentu seperti blog memasak (aziejaya.blogspot.com) yg ni mmg hampir setiap hari saya skodeng kerana resepi dlm blog kak azie semua menjadi apabila saya cuba Alhamdulillah. Blog seperti blog Dr.OT (drotspss.blogspot.com) pula blog yang sering saya lawati apabila buntu dalam proses menyiapkan tesis saya. Kononnya nak amik mood bila mana mood saya sering down, especially bila nak menulis. Dan beberapa blog lain yg kadang2 baca apabila nak cari ilham.


Dengan kata lain sebab utama saya membuat blog ini adalah untuk kebaikkan saya sendiri memandangkan saya perlu mengasah mood menulis saya. Saya juga berharap agar melalui blog ini akan saya cuba kongsi apa2 maklumat dan informasi yang mana saya boleh kongsi kepada pembaca.( Eh ada pembaca ker??) Adoi...macam mengarang surat plak..dan yang paling penting penulisan saya ini akan santai dan bersahaja.

 

Saya baru nak  cuba menceburi penulisan blog ni...bak kata org baru nak belajar. Apa sahaja  di tulis disini nanti hanyalah nukilan penulisan hasil dr pengalaman saya sendiri.

 


No comments:

Post a Comment