Tulips

Tulips
Close to you

Monday 28 September 2015

Haziq dan orang tak dikenali

Cerita ini sebenarnya berlaku seminggu sebelum cuti sekolah Raya Haji minggu lepas. Ini berlaku apabila terdapat cerita yang tak best menakutkan melibatkan kes penculikkan kanak-kanak melalui media sosial kerap berlaku. Sebagai silent reader(org yang membaca sahaja) dalam media sosial facebook, sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dan kerisauan saya kerana setiap kali ada cerita yang tersebar di laman facebook secara otomatik saya tak senang duduk. Sudah menjadi kebiasaan setiap pagi saya akan menghantar Haziq kesekolah dan setiap hari balik sekolah Haziq akan menaiki Van sekolah...dan disebabkan FOBIA melanda diri saya, selalu   tiap-tiap hari saya mengingatkan Haziq supaya tidak berbual dengan orang yang dikenali. Bukan saya sahaja malah nenek Haziq pun akan mengingatkan benda yang sama. Mungkin kerana itu, kotak pemikiran Haziq sudah sebati dengan kata2 kami. Dan ini yang telah berlaku pada 2 minggu lepas.

Perbualan antara Mama dan Haziq.

Mama : Haziq buku tulis 4, haziq dah habis. Hari ni mama bagi duit belanja lebih RM1 untuk Haziq beli buku tulis 4 ok. Haziq beli buku masa waktu rehat di 'Book Shop' tau.


Haziq : Ok Mama. (Mcm biasa bangun pg nak g sekolah dia x bnyk ckp)


(Selepas mama balik dr Library)


Mama : Haziq dah beli buku yang mama suruh tak?


Haziq : Belum la ma...tpkan haziq nak cerita kat Mama kenapa Haziq tak beli buku tu.


Mama : Kenapa???


Haziq: Masa waktu rehat, Haziq ajak Muzakkir temankan Haziq beli buku yang mama suruh beli. Tapikan Mama...masa Haziq sampai kat book shop, Haziq lari mama.


Mama : Laaaaaa kenapa lari pulak???


Haziq : sebab kat book shop tu x da kakak (kakak merujuk kepada org yg selalu jaga book shop) tapi ada org lelaki yang haziq x kenal. Mama cakap kalu orang yang tak kenal jgn bercakap dengan dia...kan mama??? Jadi Haziq dengar cakap mama...haziq ajak Muzakkir lari.



*reaksi saya selepas mendengar penjelasan Haziq...macam speechless sbb saya rasakan Haziq mmg patuh arahan saya dan saya tak tahu samaada penerangan saya mengenai 'org yang x kenal' tu betul atau tidak. Saya terfikir bagaimana reaksi brother yg jaga book shop tu bila dia tgok budak2 lari bila nmpk dia...hahaha



Moral of the story saya rasa setiap penerangan kadangkala memerlukan penjelasan yang terperinci terutama sekiranya penerangan dibuat kepada kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak sangat NAIF dan akan menerima penerangan itu bulat-bulat.



Yeay...mama haziq dah ada blog

Buat yang julung kali, mama haziq dah ada blog. Eh kenapa tiba-tiba nak ada blog ni??? En husband tanya setelah soalan diutarakan mlm td. Sebenarnya saya dah lama teringin nak ada blog sendiri memandangkan saya sentiasa membaca blog-blog tertentu seperti blog memasak (aziejaya.blogspot.com) yg ni mmg hampir setiap hari saya skodeng kerana resepi dlm blog kak azie semua menjadi apabila saya cuba Alhamdulillah. Blog seperti blog Dr.OT (drotspss.blogspot.com) pula blog yang sering saya lawati apabila buntu dalam proses menyiapkan tesis saya. Kononnya nak amik mood bila mana mood saya sering down, especially bila nak menulis. Dan beberapa blog lain yg kadang2 baca apabila nak cari ilham.


Dengan kata lain sebab utama saya membuat blog ini adalah untuk kebaikkan saya sendiri memandangkan saya perlu mengasah mood menulis saya. Saya juga berharap agar melalui blog ini akan saya cuba kongsi apa2 maklumat dan informasi yang mana saya boleh kongsi kepada pembaca.( Eh ada pembaca ker??) Adoi...macam mengarang surat plak..dan yang paling penting penulisan saya ini akan santai dan bersahaja.

 

Saya baru nak  cuba menceburi penulisan blog ni...bak kata org baru nak belajar. Apa sahaja  di tulis disini nanti hanyalah nukilan penulisan hasil dr pengalaman saya sendiri.